Pelayan hotel dan pemandu lori didakwa culik penjawat awam

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan hotel dan dua pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan menculik pembantu am rendah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, empat bulan lepas.

Aznol Hisyam Jamaludin, 24, (pelayan hotel) Mishadi Badarudin, 29, dan B. Jeevaratana, 27, didakwa menculik atau melarikan R. Chandra Kandan, 45, secara paksa dengan niat untuk mengurungnya secara sulit dan salah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Hentian Bas Puduraya, Dang Wangi di sini, pada 12.45 pagi, 25 Jun 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Menurut kertas pertuduhan, Chandra Kandan diculik di Hentian Puduraya di sini sebelum dikurung di sebuah rumah bernombor 1303, Jalan Politeknik 24, Taman Politeknik, Telok Kemang, Port Dickson.

Majistret Nazran Mohd Sham kemudian menetapkan ikat jamin RM14,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 5 dan 6 Januari 2010 untuk perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nee manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan