Anggota polis mengaku salah guna 14 sijil cuti sakit palsu

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 14 pertuduhan mengemukakan cuti sakit palsu dan tidak hadir kerja selama 21 hari berturut-turut tanpa sebab.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menetapkan 21 Dis ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan Lans Koperal Faizalriza Bahari, 32, diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Faizalriza didakwa dengan curang mengemukakan sijil cuti sakit palsu dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Balai Polis Pudu, Cheras, antara 10 Jan dan 5 Feb lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

Faizalriza, yang mempunyai tiga anak dan digantung kerja sejak ditangkap pada 6 Feb lepas, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal menghadirkan diri daripada bertugas selama 21 hari tanpa sebab.

Dia didakwa melakukan kesalahan antara 21 Dis 2008 dan 11 Jan lalu di tempat yang sama. Pertuduhan mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Faris Mohd Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan