Mahkamah tolak rayuan penganggur terhadap hukuman mati

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang penganggur terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh budak perempuan berusia tiga tahun, anak kepada kekasihnya lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Maah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara menolak rayuan Aziz Mat Shah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Aziz, 30, pada Mac 2004 dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh Nik Zarina Abdullah, pada 1 Mei, 2001 dalam sebuah bilik di Drop Inn Lodge City Centre di Jalan Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur antara 10 malam dan 11.40 mlm.

Hakim Abdul Malik, dalam keputusannya berkata terdapat banyak bukti bahawa tindakan Aziz itu dianggap membunuh di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi itu, Hakim Abdul Malik berkata bukti menunjukkan Aziz telah menumbuk budak itu dan menyebabkan kecederan di badannya.

Terdahulu, peguam Aziz, Mohamed Haniff Khatri Abdulla (ulang) Abdulla, berhujah bahawa Aziz tidak berniat membunuh budak itu, dan ia hanya mahu budak itu berhenti menangis.

"Perayu (Aziz), selepas melihat budak itu menangis, keluar bilik untuk membeli makanan untuknya dan juga memberikannya minuman.

"Malah perayu telah menghantar budak itu ke hospital selepas menyedari ia tidak sedarkan diri," katanya, dan menambah bahawa tidak ada bukti bahawa Aziz berniat membunuh budak itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa berkata Aziz telah berulang-ulang menampar dan menumbuk budak itu di dada dan perutnya dan menutup mukanya dengan bantal supaya ia berhenti menangis.

Beliau berkata tindakan Aziz memberi minuman dan menghantarnya ke hospital tidak boleh dianggap sebagai tidak berniat membunuh.

"Saudara lelaki Aziz, yang berada di tempat kejadian, memberitahu mahkamah bahawa Aziz mulanya menampar budak itu beberapa kali, dan kemudian keluar membeli makanan dan datang semula kemudiannya.

"Selepas budak itu enggan makan, Aziz menumbuk perut budak itu beberapa kali, menolaknya ke katil dan dan menutup mukanya dengan bantal," kata beliau.

Kwan berkata budak itu tidur dan sihat ketika ibunya pergi bekerja, meninggalkannya dalam jagaan Aziz dan dua saudara lelakinya dalam bilik.

Beliau berkata menurut bukti ahli pathologi, budak itu tidak bernafas ketika dibawa ke hospital dan kecederaan di badannya adalah disebabkan benda tumpul.

Mohamed Haniff berhujah bahawa Aziz telah menutup muka budak itu dengan bantal hanya supaya ia berhenti menangis.

Hakim Azhar berkata Aziz berusia 22 tahun ketika itu dan dia sepatutnya tahu bahawa menutup muka dengan bantal bukan cara untuk menghentikan seseorang kanak-kanak dari menangis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan