Keputusan kes saman Boon Wah terhadap SPRM pada 19 Nov ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah mencabar prosedur soal siasat saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Nov ini.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas selesai mendengar hujahan oleh peguam Tan, Karpal Singh dan Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin.

Tan, 39, memohon mendapatkan perisytiharan sama ada SPRM dibenarkan menyoal siasat saksi sepanjang malam.

Pada 22 Julai lalu, Tan selaku plaintif memfailkan saman pemula terhadap SPRM dengan mendakwa penahanannya dan sesi soal siasat oleh badan itu selama 16 jam sepanjang malam adalah salah mengakibatkan beliau mengalami kerugian.

Beliau menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Penolong Penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan suruhanjaya tersebut sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Tan mahu mahkamah mentafsirkan Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 yang membenarkan suruhanjaya itu memaksa seorang saksi disoal siasat 'hari demi hari' sehingga sesi soal siasat itu selesai.

Karpal berhujah terdapat ketaksaan dengan maksud 'hari demi hari' dalam Seksyen 30 akta tersebut.

Katanya pendekatan bertujuan harus diguna pakai dalam mentafsirkan ungkapan 'hari demi hari' untuk bermaksud bahawa seorang saksi hanya boleh disoal siasat oleh SPRM pada waktu pejabat iaitu mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang.

"Parlimen tidak mungkin berhasrat maksud 'hari demi hari' sepanjang masa. Ia adalah pendekatan lazim yang boleh mendorong kepada usaha tidak munasabah dan kualiti rendah siasatan serta menjejaskan hak asasi manusia mengikut Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Karpal juga membuat rujukan kes undangundang tertentu termasuk kes Datuk Mokhtar Hashim melawan Pendakwa Raya yang menyatakan kenyataan yang dirakamkan selepas tempoh soal siasat yang berpanjangan pada waktu luar biasa sehingga awal pagi adalah bertentangan dengan peraturan Lokap.

Beliau juga berkata Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 juga menyekat suspek daripada disoal siasat selepas 6.30 petang, sambil menjelaskan bahawa saksi juga berhak diberi lebih banyak perlindungan berbanding suspek.

Beliau menggesa mahkamah membenarkan tuntutan anak guamnya termasuk ganti rugi kerana soal siasat terhadap Tan dilakukan di luar waktu pejabat adalah tidak berasas dari segi undang-undang.

Noorin pula berkata tidak ada ketaksaan dalam Seksyen 30 kerana seksyen itu memberi kuasa kepada pegawai SPRM untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

Beliau juga berkata pengarang buku "Words, Phrases & Maxims Legally & Judicially Defined" mentafsirkan perkataan 'hari' mengikut kalendar Inggeris yang bermula pada tengah malam dan meliputi tempoh 24 jam.

'Ia tidak boleh dibataskan kepada waktu pejabat kerana ia bukan tujuan perundangan. Budi bicara arus digunakan oleh pegawai SPRM bagi mencapai keseimbangan," katanya.

Noorin berkata dakwaan Tan itu tidak mempunyai asas kerana kehadirannya di pejabat SPRM bukan bermaksud ditahan secara tidak sah. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan