Penyelia sekolah bebas dari tuduhan rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai pejabat pelajaran daerah Seremban dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban semalam terhadap tiga tuduhan rasuah, lima tahun lalu.

V.Selvam, 55, seorang penyelia kanan sekolah rendah, didakwa memperdayakan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan mengemukakan dua dokumen tuntutan palsu bagi bekalan makanan dan minuman untuk tiga aktiviti sekolah pada 14 Sept 2004.

Dia didakwa menggunakan dokumen pesanan kerajaan dan invois pengusaha kantin yang mengandungi butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM4,900.

Bekalan makanan dan minuman adalah untuk kursus profesionalisma guru penolong kanan 1 dan guru HEM Sekolah Rendah Daerah Seremban, kursus profesionalisma guru-guru Panitia sekolah yang sama dan kursus profesionalisma Kelimuan GPK 1.

Sedangkan tiada kursus sedemikian diadakan dan makanan dan minuman juga tidak disediakan oleh pengusaha kantin.

Hakim Kamarudin Kamsun memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Selvam kerana keterangan pengusaha kantin mengesahkan bahawa makanan dan minuman telah disediakan untuk tiga aktiviti tersebut.

Berdasarkan kepada keterangan pengusaha kantin itu, Kamarudin berkata elemen tuntutan palsu oleh Selvam tidak wujud.

"Daripada kesemua keterangan yang ada, dilihat secara total, pada saya, tidak ada bukti yang menunjukkan tertuduh (Selvam) mempunyai niat terang untuk memperdayakan prinsipalnya," kata hakim itu.

Katanya malah dokumen berkenaan bukan disediakan oleh Selvam seorang tetapi ramai pihak telah terlibat dalam penyediaan dokumen itu.

Seramai 13 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Selvam diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Nizam. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan