Mahkamah tolak saman RM24 juta pedagang ternakan terhadap bank

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM24 juta yang dikemukakan oleh pedagang ternakan import terhadap Bank Bumiputera Malaysia Sdn Bhd bagi pelanggaran kontrak.

Hakim Dr Hamid Sultan Abu Backer juga memerintahkan pedagang itu, Bekalan Sains P&C Sdn Bhd, membayar RM100,000 kepada bank sebagai kos .

Beliau memutuskan tidak ada perjanjian penstrukturan semula yang muktamad berhubung kemudahan kredit antara pedagang itu dan bank dan pedagang itu juga gagal mematuhi surat tawaran bertarikh 26 Feb, 1996, mengenai terma penstrukturan semula kemudahan kredit.

"Saya dapati rayuan, hujahan dan keterangan plaintif adalah longgar dan tidak pernah berlaku dahulu untuk memberikan hak kepada mereka untuk berjaya," katanya.

Pada 1999, Bekalan Sains memfailkan saman RM24 juta terhadap bank itu atas dakwaan melanggar kontrak, mendakwa bank telah menyebabkan syarikat kerugian kerana tidak dapat membuat pengeluaran daripada kemudahan surat kredit itu kerana bank telah meletakkan terma dan syarat baru.

Bekalan Sains berkata bank meletakkan terma dan syarat tambahan yang memerlukan jaminan tambahan bagi pengeluaran pada April 1996 selepas syarikat itu gagal membuat pembayaran terhadap kemudahan yang diberikan.

Syarikat itu mendakwa bank telah menstruktur semula kemudahan pembayaran melalui surat tawaran bertarikh 26 Feb, 1996.

Bank itu, dalam kenyataan pembelaannya, berkata plaintif tidak mematuhi terma dalam tawaran penstrukturan semula kemudahan kredit itu.

Dalam keputusannya, Hakim Dr Hamid berkata plaintif bergantung penuh pada surat tawaran bertarikh 26 Feb, 1996 untuk menyatakan ia merupakan kemudahan yang telah distruktur semula dan pematuhan terhadap terma dan syarat itu membawa kepada kontrak dimuktamadkan.

Katanya beliau mendapati dalam surat tawaran itu langsung tidak menyatakan yang ia khas untuk syarikat itu bagi projek ayam dan lembu seperti rayuan.

Beliau juga memutuskan saksi utama syarikat itu, pengawalnya, K.Chandran, tidak bercakap benar, menyatakan perjanjian bagi projek ayam dan lembu itu juga tidak dikemukakan semasa beliau memintanya semasa perbicaraan dan memberikan jawapan bersifat mengelak kepada soalan beliau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan