Kes hasutan Uthayakumar: Keputusan permohonan pendakwa pada 26 Okt ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil di sini semalam menetapkan 26 Okt ini bagi memutuskan sama ada membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan artikel yang dimuat turun melalui internet sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes hasutan peguam P. Uthayakumar.

Hakim Sabariah Othman menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan peguam Uthayakumar, N.Surendran dan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Noorin berkata beliau akan mengemukakan artikel yang dimuat turun oleh pengadu kes dan saksi pertama Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Katanya artikel yang dibantah oleh pembelaan adalah fakta yang relevan dan merupakan keterangan sokongan yang boleh dikemukakan.

Bagaimanapun, Surendran membantah kerana wujud ketidaksahihan dan tidak munasabah dalam artikel melalui laman web www.policewatchmalaysia.com iaitu gambar seorang lelaki yang memakai bajuT "Indian Boy Killed by Police and Malaysia Gangster".

Katanya, sesuatu artikel yang diambil dari internet tidak ada cara untuk mengesahkan kebenaran kerana sesuatu artikel dipaparkan dalam internet boleh dimuat turun bukan sahaja melalui komputer bahkan telefon.

"Sesiapa sahaja boleh meletakkan apa jua bahan dalam internet kerana keselamatan tidak terjamin menyebabkan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Uthayakumar, 48, mengaku tidak bersalah menerbitkan surat itu dari kumpulan aktivitis Hindraf di laman web berkenaan yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 1353A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan, pada 15 Nov 2007.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika disabitkan keasalahan, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan