Penganggur didakwa bunuh dua beranak

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh dua beranak dalam satu kejadian di Kampung Sireh di sini pada 30 Sept lalu.

Mazdi Muhammad, 31, menghadapi dua pertuduhan iaitu membunuh seorang wanita warga Thailand bersama anaknya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sireh kira-kira pada pukul 2.30 pagi.

Bagi pertuduhan pertama, Mazdi yang ditahan pada 4 Okt lalu didakwa telah membunuh Miss Maena Ya, 36, dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh anak wanita itu, Nuna Nurasyiken, 1, juga mengikut seksyen sama.

Selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrol Abdullah, tertuduh mengangguk faham tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Azrol kemudiannya menetapkan 22 Dis ini untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Rehan Mohd Aris manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan