Mahkamah tangguh kes The Herald ke 28 Okt - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah tangguh kes The Herald ke 28 Okt

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menangguhkan sehingga 28 Okt bagi mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk mengetepikan perintahnya yang membenarkan lapan pihak mencelah dalam perkara berkaitan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja itu.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas dimaklumkan bahawa peguam yang mewakili Gereja Roman Katolik S. Selvarajah tidak sihat untuk hadir di mahkamah.

Pada 3 Ogos, mahkamah itu membenarkan lapan pihak, termasuk Majlis Agama Islam, untuk menjadi pencelah dalam permohonan baru yang dikemukakan oleh Ketua Paderi Tan Sri Murphy Pakiam bagi mendapatkan semakan semula penghakiman tentang penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan bulanannya.

Dalam keputusannya, Lau berpendapat bahawa lapan pihak terbabit Majlis Agama Islam Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka serta Persatuan Cina Islam Malaysia mempunyai kepentingan daripada segi undang-undang dalam isu itu.

Pada 16 Feb, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman setelah permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Dis 2008.

Dalam permohonan yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, Pakiam, antara lain, menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Jan 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam "HeraldThe Catholic Weekly" adalah menyalahi undang-undang dan perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan