Keputusan batal saman Sheikh Muszaphar ditetapkan 27 Okt

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 27 Okt depan untuk keputusannya berhubung permohonan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor AlMasrie bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan terhadapnya.

Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Kaharuddin Harun yang mewakili Norlina Nordin sebagai plaintif dan peguam Dzaki Ezhar Bahar yang mewakili Sheikh Muszaphar sebagai defendan.

Norlina memfailkan saman itu pada 25 Julai tahun lepas kerana mendakwa Sheikh Muszaphar telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Terdahulu, Dzaki dalam hujahan bagi membatalkan saman itu berkata tiada terma dan syarat yang wujud antara Norlina dan Sheikh Muszaphar berhubung pelantikan Norlina sebagai wakil kepada Sheikh Muszaphar dalam sebarang urusan perniagaan Sheikh Muszaphar.

Beliau berkata Sheikh Muszaphar juga tidak memberi kuasa kepada Norlina sebagai ejen dalam urusan perniagaannya.

Kaharuddin pula berhujah bahawa kontrak pelantikan Norlina sebagai pembantu peribadi dan wakil kepada Sheikh Muszaphar itu wwujud dan sekiranya tidak wujud bagaimana Sheikh Muszaphar dalam surat pemecatan kepada Norlina menyatakan yang dia (Sheikh Muszaphar) tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Norlina sebagai wakilnya.

Norlina dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Sheikh Muszaphar tidak menjelaskan upah perkidmatan sebagai pembantu peribadinya seperti yang dipersetujui menerusi satu surat pelantikan pada 2 April tahun lepas.

Norlina mendakwa pada 28 Mei tahun lepas dia menerima surat penamatan perkhidmatannya daripada Sheikh Muszaphar sebagai pembantu peribadi selepas berhasil mendapatkan pelbagai kontrak termasuk satu projek di bawah Penyiaran Television Astro.

Dalam penyataan tuntutan itu Norlina memohon jumlah wang sebanyak RM45,000 sebagai upah yang adil dan munasabah, ganti rugi RM47,751, ganti rugi am dan lain-lain kos yang difikirkan wajar mahkamah.

Sheikh Muszaphar dalam pernyataan pembelaan menafikan pelantikan Norlina sebagai wakilnya dalam sebarang urusan perniagaannya.

Beliau juga memfailkan tuntutan balas terhadap Norlina dan menuntut bayaran sebanyak RM25,000 yang diambilnya daripada Majlis Tindakan Negeri Sembilan yang mana wang itu sepatutnya dibayar kepadanya (Sheikh Muszaphar). BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan