Bunuh isteri: Pemandu lori dipenjara 12 tahun

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori yang menikam isterinya hingga mati kerana disyaki telah berlaku curang dikenakan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini setelah didapati bersalah melakukan kesalahan itu, tujuh tahun lalu.

Hakim Noradidah Ahmad yang menetapkan hukuman tersebut di akhir kes pembelaan, memerintahkan V. Savarich, 37, menjalani hukuman tersebut bermula hari ini setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Savarich didakwa membunuh tanpa niat K. Punithan, 34, dengan menikam mangsa dengan sebilah pisau di rumah beralamat G134 Blok G, Jalan 70, Fasa 7, Taman Bukit Mewah, Kajang, antara 7 malam hingga 7.30 malam, 14 Sept 2002.

Tertuduh, yang diwakili oleh peguam Imran Azali, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Dr A.Vasu dalam hujahannya berkata satu nyawa telah melayang disebabkan oleh perbuatan tertuduh dan oleh itu mahkamah perlu mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingan orang ramai.

"Walaupun kita rasa kasihan dengan tertuduh yang mendakwa isterinya telah curang dengannya tetapi keadilan mestilah ditegakkan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat," katanya.

Sepanjang prosiding kes, seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan