Menyeludup kereta curi ke luar negara ancam ketenteraman awam

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah persekutuan hari ini memutuskan bahawa seseorang yang mempunyai kaitan dengan sindiket menyeludup kereta curi ke luar negara boleh ditahan mengikut Ordinan Darurat (Memelihara Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah).

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram berkata ini kerana orang berkenaan mengancam ketenteraman awam.

Dalam penghakiman 12 halaman, hakim itu berkata adalah jelas, kegiatan penyeludupan yang dilakukan oleh sesebuah sindiket, berpotensi mengganggu kesejahteraan awam kerana ia membuka peluang pasaran kepada pencuri dan bakal pencuri melupuskan kereta curi.

Sri Ram bersidang bersama panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Salinan penghakiman berkenaan yang diumumkan Jumaat lepas (9 Okt), diedar kepada media hari ini.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Mereka menolak rayuan Darma Suria Risman Saleh yang ditahan selama dua tahun di Pusat Tahanan Simpang Renggam mengikut Ordinan Darurat 1969.

Darma Suria merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak writ habeas corpusnya supaya dia dibebaskan dari pusat tahanan itu.

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan perintah agar Darma Suria ditahan selama dua tahun kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan menyeludup kereta curi bagi tujuan eksport. Dia ditangkap pada 2 April tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Sri Ram berkata Menteri Dalam Negeri tidak membuat kesilapan daripada segi undang-undang apabila mengeluarkan perintah penahanan itu kerana kegiatan yang dilakukan oleh Darma Suria memudaratkan ketenteraman awam.

"Ini kerana tiada kereta yang akan selamat daripada dirompak atau dicuri dan ia tidak mungkin ditemui semula disebabkan bantuan perayu bagi melupuskannya.

"Juga, tidak ragu-ragu lagi, kegiatan yang dilakukan oleh perayu berpotensi mengganggu tempo kehidupan masyarakat. Tempo biasa kehidupan masyarakat terganggu apabila wujud risiko kehilangan harta akibat kecurian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan