Kes hasutan Raja Petra ditangguh buat kali ketiga

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Sesyen melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan kes hasutan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan pihak pendakwaan masih gagal menyempurnakan waran tangkap ke atas penulis blog itu.

Hakim Rozina Ayob berkata mahkamah menjangkakan kes itu yang mula dibicarakan pada tahun lepas akan selesai pada akhir Disember ini.

"Mahkamah jangkakan kes ini akan selesai akhir Disember ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya lapan saksi, tetapi sekarang tangguh lagi, ini dah masuk kali ketiga dan masih tidak dapat menyempurnakannya," kata Rozina pada prosiding hari ini.

Penangguhan itu adalah kali ketiga selepas sebutan kes itu pada 22 Mei dan 17 Julai tahun ini.

Rozina kemudian menetapkan 11 Nov sebagai tarikh baru.

Terdahulu ketika ditanya Rozina mengenai usaha polis untuk mengesan Raja Petra, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuff, memberitahu bahawa pelbagai usaha telah dijalankan termasuk permohonan penangkapan terhadap tertuduh yang terbabit dalam kes jenayah yang akan dinilai oleh Interpol untuk diserahkan kepada 186 negara untuk mengesan tempat penulis blog itu yang berkemungkinan berada.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk 'Let's Send The Altantuya Murderers To Hell' dalam laman web www.malaysiatoday.net pada 25 April 2008.

Peguam J. Chandra yang mewakili Raja Petra berhujah bahawa pihak pendakwaan telah beberapa kali memohon tarikh sebutan baru dan ini adalah ketiga.

"Perbicaraan sudah berjalan lancar sebelum ini dan tiba-tiba tertuduh hilang tanpa sebarang kesan ketika mahkamah masih dalam perbicaraan kes dan keterangan saksi kelima masih lagi belum selesai.

"Mahkamah mempunyai kuasa dan pilihan sama ada untuk memberi tarikh lain, menangguhkan sementara atau melepaskan tanpa bebas terhadap Raja Petra," katanya.

Bagaimanapun, Ishak membantah atas alasan ia adalah tidak adil yang akan menimbulkan prejudis terhadap kes pendakwaan.

"Beberapa saksi telah dipanggil sebelum ini untuk memberi keterangan...jadi pihak kami memohon satu tarikh untuk satu lagi sebutan akhir," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan