Bekas pengawal keselamatan dibicarakan semula selepas 16 tahun - Berita Mahkamah | mStar

Bekas pengawal keselamatan dibicarakan semula selepas 16 tahun

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketika menyifatkannya sebagai kes luar biasa, Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan perbicaraan semula bekas pengawal keselamatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan dalam kes senjata api di Johor Baharu, 16 tahun lepas.

Mahkamah membatalkan sabitan ke atas Abdul Rahim Itap selepas mendengar bahawa tidak terdapat alasan kehakiman daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang yang terlibat dalam kesnya, oleh kerana kedua-dua hakim telah meninggal dunia. Peguambela K. Viknesvaran berkata juga terdapat kekeliruan tentang seksyen mana dalam Akta Senjatapi (Hukuman Tambahan) beliau didakwa, oleh kerana kertas tuduhan tidak ada dalam rekod rayuan.

Panel yang terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk K. N. Segara, dan Datuk Ahmad Ma'arop memerintahkan Abdul Rahim, 41, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Okt bagi sebutan kes.

Abdul Rahim, yang telah menjalani hukuman penjara selama 16 tahun, telah merayu selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mensabit dan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 30 Mei 2006.

Pada prosiding hari ini, Viknesvaran, peguam bagi Abdul Rahim, berkata tidak terdapat alasan penghakiman daripada Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Kahar Kamar dan Pesuruhjaya Kehakiman K. P. Gengadharan Nair yang kini telah meninggal.

Tentang kekeliruan tuduhan, beliau berkata hakim Mahkamah Sesyen ketika mencapai keputusannya, membuat rujukan bahawa Abdul Rahim dituduh di bawah Seksyen 5 Akta berkenaan, bertentangan dengan hujah oleh kedua-dua peguam Abdul Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya yang merujuk kepada Seksyen 4 Akta itu.

Seksyen 4 adalah kesalahan melibatkan pemameran senjata api sementara Seksyen 5 memiliki senjata api.

Suriyadi berkata: "Ini sesuatu yang anih. Anda tidak menemui kertas siasatan, tidak dapat menjelaskan di bawah peruntukan mana dia dituduh...sekalipun jika kita menangguhkan (kes) ke tarikh lain, tidak akan berlaku sebarang perbezaan.

"Di sini, kita menangani nyawa seseorang, jadi kita perlu pastikan segalanya betul". Viknesvaran berkata terdapat juga kekeliruan tentang hukuman oleh Mahkamah Sesyen yang mengisytiharkan penjara seumur hidup tetapi hukuman di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 5 ialah penjara ke akhir hayat dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Di luar mahkamah, Viknesvaran berkata beliau akan membuat representasi kepada unit pendakwaan di Johor Baharu agar menarik balik tuduhan terhadap Abdul Rahim. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan