Kes syarikat balak saman kerajaan Terengganu RM1 billion ditangguh ke Januari

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman sebuah syarikat pembalakan bumiputera terhadap kerajaan negeri Terengganu berjumlah RM1 bilion berhubung penamatan konsesi balak secara tidak sah yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, ditangguh ke 17 Jan depan.

Penangguhan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Zaidi Ibrahim di dalam kamar.

Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) diwakili peguam R. Sukhdev Singh dan Mohamad Fariz Mohd Ali manakala kerajaan negeri Terengganu diwakili Penasihat Undangundang Negeri, NoorBahri Baharuddin.

Dalam writ saman yang difailkan pada Disember 2007, syarikat itu berkata pada 3 April 2003, ia menandatangani perjanjian konsesi melalui tender terbuka mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Melalui perjanjian dengan kerajaan negeri yang ketika itu diperintah PAS, Riyapadu diberi kebenaran mengambil kayu balak dan hasil hutan di kawasan itu dan bersetuju membayar kerajaan negeri RM25 juta sebagai premium pembalakan.

Syarikat itu mendakwa telah menjelaskan bayaran premium RM20 juta pada 9 April 2003 dan RM5 juta pada 5 Julai tahun yang sama dan bersedia menjelaskan bayaran premium selanjutnya melalui bank.

Namun, apabila bank pembiaya Riyapadu memohon pengesahan bertulis kerajaan negeri pada masa itu, kerajaan negeri enggan memberi sebarang kerjasama dan menamatkan konsesi balak berkenaan.

Setelah menamatkan konsesi tersebut, kerajaan PAS negeri didakwa bertindak merampas kayukayu balak yang telah ditebang dan dilelong kepada pihak lain tanpa persetujuan syarikat.

Riyapadu mendakwa lelongan itu membolehkan kerajaan negeri memperolehi hasil hampir RM10 juta, selain mendapat hampir RM20 juta lagi hasil lelongan di kawasan konsesi lain yang infrastruktur jalan di kawasan terlibat telah diusahakan oleh Riyapadu.

Berikutan pelanggaran perjanjian itu, Riyapadu mendakwa dibebani hutang melebihi RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium RM25 juta yang telah dijelaskan selain berdepan tindakan undangundang oleh kontraktor dan pembeli balak terlibat.

Riyapadu mengemukakan saman itu bagi mendapatkan semula bayaran premium RM25 juta, kos kewangan dan kehilangan keuntungan dijangka hampir RM1 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan