Pencuci kereta dituduh bunuh konstabel polis

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang anggota polis berpangkat konstabel, bulan lepas.

S.Murugan, 32, bersama dua orang lain yang telah dihadapkan ke mahkamah, dituduh membunuh C. Selva Ganesen di anak sungai ladang kelapa sawit berhampiran perkuburan Cina Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Skudai, antara pukul 3.40 pagi hingga 9.50 pagi, 17 Sept lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Murugan yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iffa Zahila Abdul Rahman dan Murugan diwakili peguam, G. Sri Kumar.

Majistret Nor Shahid Abdul Malik menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.

Isnin lepas, dua lelaki, S.Velo, 30, dan S.Thanasilan, 21, turut dihadapkan di mahkamah yang sama, atas tuduhan membunuh anggota polis berkenaan. Kes itu turut disebut semula 16 Nov depan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan