MB Pahang tak perlu bayar RM63 juta kepada syarikat balak : Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, mendapati bahawa Menteri Besar itu tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman yang dipohon oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bagi mendapatkan bayaran itu daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, wang berkenaan masih perlu dibayar kepada syarikat berkenaan kerana keputusan hari ini tidak melibatkan keputusan utama (memerintahkan kerajaan Pahang membuat bayaran RM63 juta itu) oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Seruan Gemilang, memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan mengemukakan permohonan minggu depan bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Adnan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 20 April lepas yang memerintahkannya membayar RM63 juta kepada Seruan Gemilang ekoran permohonan writ mandamus (perintah supaya akur) oleh syarikat berkenaan.

Pada 25 Mei 2007, kerajaan Pahang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuantan membayar kepada syarikat itu wang berjumlah RM37,127,471.60 bersama faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan di satu kawasan seluas 4,000 hektar milik Umno di Pekan.

Dalam kenyataan pembelaannya, kerajaan negeri berkata Seruan Gemilang diberi lesen membalak di kawasan seluas 2,800 hektar saja kerana syarikat itu tidak berminat membalak di kawasan selebihnya.

Adnan diwakili peguam Datuk Shafee Abdullah dan Penasihat Undangundang Negeri Pahang Datuk Mat Zara'ai Alias. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan