Tukang kayu warga Thailand dihukum gantung edar kanabis

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap seorang lelaki warga Thailand selepas mendapatinya bersalah mengedar dadah jenis kanabis, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan dalam kes itu tanpa sebarang keraguan munasabah.

Tertuduh, Mahamad Che Soh, 44, dari wilayah selatan Thailand, didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 17.062.6 kilogram di hadapan Restoran Linda, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, pada pukul 8.30 malam, 4 Jan 2005.

Mahamad, yang merupakan seorang tukang kayu, telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tertuduh diwakili peguam Wan Jawahir Wan Haron manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abd Razak Wan Hussin. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan