Pertuduhan kes Nirmala Bonat bercelaru

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiga pertuduhan terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang telah disabit kesalahan mendera warga Indonesia, Nirmala Bonat, dan dihukum penjara 18 tahun, adalah bercelaru dan bercanggah dengan keterangan saksi.

Peguam Jagjit Singh, yang mewakili Yim, berkata pertuduhan terhadap wanita itu juga tidak mempunyai asas kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bila insiden itu berlaku.

Jagjit Singh berkata demikian ketika mengemukakan hujah bagi merayu sabitan dan hukuman terhadapp Yim, 41, yang dipenjara selama 18 tahun bagi tiga pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir, pada 27 Nov tahun lepas.

Yim, bekas pramugari, didapati bersalah mencederakan Nirmala, 19 (ketika kejadian) menggunakan seterika dan air panas di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.

"Tuduhan pertama menyatakan Nirmala telah dicederakan di bahagian belakangnya dengan seterika panas pada Januari 2004. Dalam keterangannya, Nirmala mendakwa seterika dilekapkan pada buah dada kanannya pada Januari 2004 dan pada buah dada kirinya pada Mac 2004.

"Tidak terdapat dakwaan bahawa seterika panas ditekapkan pada belakang tubuhnya pada Januari 2004. Oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tuduhan pertama telah berlaku," katanya.

Jagjit Singh berkata bahawa bagi tuduhan kedua, dinyatakan bahawa Nirmala telah disimbah dengan air panas pada Mac 2004 tetapi dalam keterangannya di mahkamah, Nirmala berkata pahanya disimbah dengan air panas pada April 2004.

"Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan bukti berkaitan tuduhan ketiga iaitu kecederaan pada keduadua buah dadanya, seperti yang didakwa oleh Nirmala, berlaku pada April 2004," katanya.

Jagjit Singh berkata bukti tentang bilakah kesalahan itu berlaku perlu dikemukakan kerana ia merupakan bahagian terpenting dalam pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah, yang mendengar rayuan itu, berkata pertuduhan tidak semestinya spesifik pada berapa haribulan tetapi beliau akan meneliti dakwaan itu berdasarkan keterangan saksi sebelum ini.

Jagjit Singh berkata hakim Mahkamah Sesyen juga telah tersilap dalam membuat penilaian bukti sedia ada selain terlepas pandang keterangan seorang doktor bahawa terdapat juga kemungkinan mangsa mencederakan diri sendiri.

Peguam itu mempertikaikan tindakan pendakwaan yang tidak menawarkan seorang warga Indonesia, Fermina Anunut, kepada pihak pembelaan dan membenarkan beliau kembali ke negara asal hinggakan gagal dikesan semula.

Katanya Fermina merupakan sepupu Nirmala dan beliau mengetahui tahap mental Nirmala.

Peguam Akbardin Abdul Kader yang turut mewakili Yim pula berhujah bahawa laporan perubatan Nirmala lambat disiapkan, dan ketika Yim didakwa pada 22 Mei 2004, tiada sebarang laporan dikemukakan.

Azman bagaimanapun menyatakan keadaan kelambatan laporan perubatan adalah perkara biasa dan jika dibandingkan dengan kes bunuh, ia lebih banyak mengambil masa kerana bedah siasat perlu dilakukan.

Terdahulu Akbardin berkata kes ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif walaupun tertuduh belum lagi didakwa hingga ada suatu ketika, pendakwaan telah menyatakan keduadua puting buah dada Nirmala telah putus sedangkan dalam perbicaraan ianya tidak begitu.

Prosiding, yang turut melibatkan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, akan disambung pada 25, 26 dan 30 Nov. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan