Penolong pegawai belia dan sukan didakwa terima rasuah RM 3,000

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai di Kementerian Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima wang tunai RM3,000 daripada wakil pembekal syarikat pengiklanan.

Mohd Sufian Sulaiman, 29, didakwa menerima wang tunai itu daripada Lai Kon Ching, wakil pembekal bagi tiga syarikat pengiklanan iaitu Syarikat Effithree (M) Sdn Bhd, Semarak Manufacturing dan Teguh Ventures walaupun mengetahui perbuatannya itu ada kaitan dengan tugas rasmi. Mohd Sufian yang berasal dari Hulu Langat, Selangor, didakwa melakukan kesalahan itu di DBG 05, Blok Delima b, Pangsapuri Baiduri, Cheras, 1 Feb 2008, mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan Mohd Sufian diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Nov untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanifah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan