Rayuan dua bekas pengurus Tabung Haji tangguh hukuman penjara dibenarkan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan dua bekas pengurus kanan Tabung Haji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun kerana menipu dan melakukan pecah amanah membabitkan wang Tabung Haji sebanyak RM200 juta lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan keduadua perayu itu supaya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan mereka didengar di mahkamah itu.

Datuk Mohd Amin Sidek, 57 dan Datuk Mohammad Shafie, 58, telah menjalani hukuman penjara itu mulai 25 Ogos lepas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan dan permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin supaya wang jaminan terhadap Mohd Amin dan Mohammad dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM1 juta setiap seorang.

Hakim Zaleha yang menolak permohonan itu berkata wang jaminan hanyalah bertujuan untuk memastikan kehadiran keduadua perayu ketika kes dibicarakan di mahkamah nanti.

"Rayuan kes ini akan ditetapkan pada satu tarikh yang lain dan akan didengar segera kerana adalah menjadi tugas mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes jenayah secepat mungkin," katanya.

Pada 23 Jan 2007, Mohd Amin, bekas pengurus kanan kewangan Tabung Haji dan Mohammad, bekas pengurus kanan pelaburan Tabung Haji, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan bersamasama menipu dua menteri dan melakukan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang institusi itu.

Mereka dituduh bersamasama menipu dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman, dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001.

Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001.

Mohd Amin diwakili peguam Fairuz Jaffril manakala Mohammad diwakili peguam V. Rajadevan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan