Keputusan penghakiman ringkas kes saman ayah Nurin Jazlin 30 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Okt ini untuk keputusan permohonan penghakiman ringkas dalam kes saman bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet.

Timbalan Pendaftar Siti Noraida Sulaiman menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya.

Peguam Akbardin Abdul Kader, yang mewakili Jazimin, ketika ditanya berkata pihaknya membuat permohonan bagi penghakiman ringkas di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas alasan pihak polis telah mengaku dalam pernyataan pembelaan bahawa pihaknya membawa keluar gambar bedah siasat itu.

"Bila ada isu yang jelas dan nyata, mahkamah boleh melupuskan kes saman ini tanpa perlu dibicarakan," katanya.

Pada 21 Ogos 2008, Jazimin, menfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet.

Dalam saman kecuaian itu, Jazimin tidak menyatakan jumlah ganti rugi tetapi memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, faedah ke atas ganti rugi am sebanyak empat peratus setahun daripada tarikh pemfailan, faedah ke atas jumlah penghakiman sebanyak lapan peratus setahun, kos dan lainlain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, 8, hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, sebelum mayatnya dijumpai pada 17 Sept 2007 iaitu selepas 27 hari kehilangannya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan