Konstabel didakwa akibatkan kecedaraan parah terhadap Kugan

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konstabel V.Navindran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap A.Kugan yang ditemui mati di dalam lokap polis, Jan lalu.

Navindran, 28, juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan bagi keduadua pertuduhan itu iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan di tempat yang sama, pada 7 pagi dan 4 petang tarikh yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Navindran dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23, bagi maksud hendak memeras daripadanya apaapa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salah laku.

Dia didakwa melakukannya di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7 pagi, 16 Januari lalu.

Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua menyebabkan cedera parah terhadap Kugan pada pukul 4 petang, di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan, Navindran dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani memohon mahkamah untuk menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Beliau memberi alasan bahawa jumlah jaminan itu adalah setimpal dan pertuduhan yang dihadapi Navindran adalah serius yang mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Salehuddin Saidin memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM1,000 bagi kesemua pertuduhan kerana jumlah itu terlalu tinggi.

Katanya, faktor liputan media bukanlah satu faktor yang mahkamah boleh diambil kira.

Salehuddin memberitahu mahkamah perlu mengambil kira faktor bahawa Navindran mempunyai isteri dan anak yang memerlukan perhatiannya di samping Navindran juga telah memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan terhadapnya.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan Navindran diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula.

Prosiding mahkamah yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dipenuhi dengan kehadiran anggota keluarga tertuduh dan juga keluarga Kugan.

Di luar mahkamah, peguam Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Kugan mempersoal kenapa Navindran tidak didakwa atas tuduhan membunuh (302 Kanun Keseksaan) atau menyebabkan kematian (304 Kanun Keseksaan).

Ibu Kugan N.Indra pula menyatakan ketidakpuasan hatinya memandangkan hanya seorang anggota polis yang dituduh sedangkan, beliau mendakwa ada 11 orang yang turut terlibat sama.

Sementara itu, Salehudin, di luar mahkamah, berkata setakat hari ini tiada "petunjuk" daripada Pejabat Peguam Negara bahawa orang lain akan dituduh berhubung kes itu.

Pada 15 Jan lalu, Kugan telah ditahan polis kerana disyaki mencuri kereta dan telah ditahan di Balai Polis Taipan di Subang Jaya.

Beliau berada dalam tahanan polis selama lima hari sebelum mati.

Kematiannya menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat India yang mempertikai cara pihak berkuasa menjalankan soal siasat terhadap Kugan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan