Warga Indonesia terlepas tali gantung 8 tahun

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peniaga warga Indonesia dipenjara lapan tahun dan dikenakan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana memiliki 57 gram dadah jenis syabu, November tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Badariah Sahamid memerintahkan Syawali Muhammad Risyad, 36, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 1 Nov 2008 selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan pilihan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di hadapan bilik 515 Hotel Concorde, Shah Alam di sini, pukul 9.30 malam, 1 Nov 2008.

Mengikut fakta kes ketika diberkas polis menemui dadah itu di dalam bungkusan yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Syawali yang diwakili peguam Ghazali Nik Taib berkata pada mulanya tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana berat syabu dikatakan 80 gram.

Bagaimanapun selepas laporan Jabatan Kimia dikeluarkan mendapati berat syabu adalah 56.59 gram, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan 10 Jun lepas mengikut Seksyen 12 akta yang sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hana Hadinah S. Mohd Ghazali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan