Sebutan kes Pekeliling 24 Nov ini

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 24 November ini bagi sebutan kes permohonan Peguam Negara untuk membatalkan Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.

Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur menetapkan tarikh sebutan itu di dalam kamar di sini hari ini.

Yusmadi Yusoff, peguam yang mewakili kerajaan Selangor memberitahu pemberita prosiding kes itu yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan kerana salinan permohonan daripada kerajaan negeri yang dimeterai untuk membatalkan permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail belum diperolehi.

"Kerajaan Negeri Selangor masih belum dapat salinan yang dimeterai untuk diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk dipertimbangkan untuk dijawab," katanya.

Yusmadi berkata kelewatan ini mungkin disebabkan oleh proses pemindahan pentadbiran Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam ke bangunan lain.

Difahamkan Bahagian Mahkamah Sivil Shah Alam akan dipindahkan ke Bangunan Malaysian Resources Corporation Bhd bersebelahan Plaza Alam Sentral di sini mulai 1 Oktober ini.

Pada 20 Ogos lepas, Peguam Negara memfailkan permohonan bagi membatalkan pekeliling bertarikh 28 Julai lepas yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud yang dinamakan sebagai defendan bersama kerajaan negeri.

Dalam afidavit sokongannya Abdul Gani berkata memandangkan pekeliling itu merupakan arahan pentadbiran sekiranya pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang tidak mematuhi pekeliling itu mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun kerajaan Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan permohonan Peguam Negara, berkata pihak yang sepatutnya memohon pembatalan pekeliling itu ialah SPRM kerana badan itu menerima kesan terus daripada pekeliling itu bukannya Peguam Negara yang dikatakan tidak memiliki "locus standi" dalam hal itu.

Pekeliling itu dikeluarkan kerajaan negeri selepas Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas memberi keterangan kepada SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Plaza Masalam Seksyen 9 di sini pada pertengahan Julai lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan