Lelaki menyamar pegawai polis cuba cairkan aset seorang Datuk

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Polis sedang mencari seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan menipu pengurus sebuah bank bagi mencairkan aset bernilai RM2.3 juta milik seorang Datuk yang ditahan berhubung kes pengedaran dadah Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang ACP Roslee Chik berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu pergi ke sebuah bank di Jelutong di sini dan menyamar sebagai Cif Inspektor dari Bukit Aman sebelum menyerahkan surat arahan bagi mencairkan aset Datuk terbabit.

"Lelaki berkenaan tidak memperkenalkan namanya sebaliknya hanya menyerahkan surat arahan yang didakwanya daripada bahagian Narkotik Bukit Aman supaya bank itu mencairkan aset milik Datuk berusia 40-an yang dibekukan sejak ditahan berhubung kes pengedaran dadah," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata lelaki terbabit juga meninggalkan kad nama yang didakwanya milik pegawai atasannya berpangkat ACP di bahagian Narkotik Bukit Aman.

Roslee berkata pengurus bank berkenaan bertindak menghubungi bahagian Narkotik Bukit Aman bagi mendapatkan kepastian mengenai arahan pencairan aset itu dan dimaklumkan tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk tujuan berkenaan.

"Beliau kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan kita bertindak menghubungi nombor telefon yang terdapat pada kad nama itu, bagaimanapun ia tidak aktif.

"Kita juga menyemak dengan syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti pemilik nombor telefon bimbit berkenaan dan hasil siasatan mendapati nombor prabayar itu didaftarkan atas nama orang lain yang kehilangan kad pengenalan dua tahun lepas," katanya.

Roslee berkata siasatan lanjut mendapati pegawai polis berpangkat ACP itu sememangnya bertugas di Bahagian Narkotik Bukit Aman tetapi beliau mendakwa tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan dan seterusnya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada 29 Julai lepas, lelaki bergelar Datuk itu bersama enam lelaki lain ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan kira-kira sejuta pil eramin 5 bernilai RM20 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Sungai Dua di sini.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita pelbagai barangan milik mereka antaranya tujuh buah kenderan, wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, barangan elektrik dan jam tangan mewah yang kesemuanya bernilai RM3.5 juta. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan