Anggota polis dituduh terima suapan wang RM500

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima suapan RM500 kira-kira dua tahun lepas.

T.Sreedharan, 44, yang bertugas di balai polis Tebong, Alor Gajah dituduh menerima wang tunai RM500 di sebuah di sebuah kedai kopi di Kuala Sungga, Tebong pada pada kira-kira pukul 4.45 petang, 4 Julai 2007.

Suapan RM500 itu dikatakan sebagai upah supaya beliau tidak mengambil tindakan terhadap K.Sinatore, seorang anggota polis bantuan di sebuah estet di Tebong, berhubung satu kes pergaduhan.

Sreedharan yang tidak diwakili peguambela dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16, akta yang sama.

Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan 29 Oktober untuk sebutan semula kes dan tertuduh dikenakan ikat jamin RM4,000 serta seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohtar Sani dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan