Bekas pengarah Ganad Media dilepaskan dan dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah urusan dan pengurus syarikat pengiklanan, Syarikat Ganad Media Sdn Bhd, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap empat pertuduhan pecah amanah dan bersubahat membabitkan RM80,000, sepuluh tahun lalu.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh iaitu, bekas pengarah, Cho Sing Koo, 58, dan pengurus syarikat itu, Ann Aii Lee, 44.

Komathy dalam penghakimannya berkata, saksi pendakwaan Alice @ Yew Hui Mei gagal mengemukakan keterangan kukuh dan kebanyakan jawapan yang diberikannya seperti sudah diarahkan, ini menyebabkan ia gagal membuktikan ketidakjujuran Cho menggunakan harta syarikat untuk kegunaan peribadi.

"Disebabkan tertuduh pertama dan pertuduhan terhadap Cho telah dilepaskan, maka Ann turut dilepas dan dibebaskan," kata Komathy.

Sebelum ini Cho yang diwakili peguam Hanif Khatri Abdullah didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM80,000 antara 3 Mei 1999 hingga 28 Disember 1999.

Ann pula diwakili peguam Harcharanjit Singh, didakwa atas empat pertuduhan bersubahat dengan Cho atas kesalahan sama yang mana kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di Bangunan Ganad Media Sdn Bhd, No 120 Jalan Bukit Bintang di sini, pada tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dan dibebaskan atas empat pertuduhan alternatif iaitu Cho didakwa menipu dan Ann didakwa bersubahat menipu Ganad Media di tempat sama, antara 3 Mei 1999 hingga 28 Disember 1999.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara sepuluh tahun, denda dan sebatan.

Pihak pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt telah memanggil seramai 18 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan