Permohonan Khalid untuk gantung perintah bayar Bank Islam 27 Oktober

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Oktober untuk mendengar permohonan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk penggantungan perintah beliau membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini setelah dipohon peguam kedua-dua pihak berikutan terdapat beberapa pindaan pada afidavit.

Pada 21 Ogos lepas Abdul Khalid diperintah membayar RM66.67 juta kepada BIMB bagi pinjaman beliau untuk membeli saham Guthrie pada tahun 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Peguam Khalid, Asma Mohd Unus memberitahu pemberita bahawa pada 27 Okt, Hakim Rohana akan turut mendengar saman Abdul Khalid terhadap BIMB.

Abdul Khalid pada 18 Mei 2007 memfailkan saman terhadap BIMB untuk menuntut deklarasi bahawa wujudnya kontrak kolateral antara beliau dan bank tersebut berhubung perjanjian kemudahan AlBai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003 itu juga mendakwa BIMB telah menjual saham Guthrie miliknya dan mahu menuntut ganti rugi daripada bank tersebut.

BIMB turut memfailkan tuntutan balas terhadap Abdul Khalid pada 24 Mei 2007 untuk mendapatkan penghakiman berhubung jumlah itu dengan mendakwa telah berlaku pelanggaran perjanjian AlBai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman.

Abdul Khalid tidak hadir di mahkamah sementara BIMB diwakili peguam N. Ganesan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan