Balkis: Mahkamah gantung keputusan ROS

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan penggantungan perlaksanaan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Walau bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar memutuskan Kompleks Wawasan Balkis boleh diuruskan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) sehingga tamat kes tersebut.

Peguam Derek J.Fernandez yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor (pemohon) memberitahu pemberita bahawa pengurusan aset-aset lain seperti wang tabungan turut digantung dan ia tidak boleh digunakan.

"Kami berpuas hati dengan keputusan ini dan ia menjamin aset tidak terjejas. Mengenai Kompleks Wawasan, kami tiada masalah dengan perkara itu, lagipun ia adalah tempat untuk kanak-kanak belajar dan bermain," katanya.

Baru-baru ini, Balkis mendapat perhatian media tempatan selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana dalam persatuan itu.

Permohonan kebenaran itu difailkan kerajaan Selangor, isteri Abdul Khalid iaitu Puan Sri Salbiah Tunut, yang juga Yang Dipertua Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor dan lima lagi pihak untuk mengetepikan keputusan ROS.

Mereka menamakan ROS sebagai responden, memohon pengisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah dan perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Fajrul Shihar Abu Samah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan