Pemecatan Lans Koperal polis tidak sah

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan bahawa pemecatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal lebih empat tahun lepas sebagai tidak sah.

Hakim Ahmad Zabidi Ibrahim memutuskan terdapat kesilapan dan kesalahan dalam prosedur disiplin yang dikenakan terhadap Mohd Faizal Abdullah yang ketika itu bertugas di cawangan Tugas Am, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Beliau juga memerintahkan supaya Mohd Faizal dibayar tunggakan gaji, elaun dan emolumen yang layak diterima dari tarikh pemecatannya sehingga tarikh keputusan hari ini.

Mohd Faizal, 48, dipecat pada 25 Okt 2005, selepas didakwa memberi bekalan dadah kepada tahanan dalam lokap serta membenarkan tahanan menggunakan telefon bimbit.

Mahkamah mendapati tindakan pemberhentian kerja yang diambil mengikut Peraturan 37 PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tataterbit) 1993 adalah silap memandangkan berlaku pindaan terhadap peraturan tersebut pada 2002.

"Kesalahan berlaku pada 2003 dan pada hemat saya peraturan yang perlu diguna pakai ialah peraturan baru 2002. Kesilapan yang dilakukan ini menjejaskan pemohon dan tindakan itu adalah salah," kata Ahmad Zaidi.

Mohd Faizal memulakan tindakan undangundang terhadap Pengerusi Lembaga Tatatertib, Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 9 April 2007 dengan menuntut tunggakan gaji, emolumen serta elaun yang layak diterima dan membatalkan keputusan Lembaga Disiplin.

Peguam G. Subramaniam Nair mewakili Mohd Faizal. Sementara itu, Mohd Faizal yang ditemui di luar mahkamah bersyukur dengan keputusan tersebut dan menganggapnya sebagai satu hadiah Hari Raya Aidilfitri yang bermakna kepada diri dan keluarganya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan