Dipenjara lima tahun dan enam sebatan kerana simpan pistol sebagai hobi

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurukimpal memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia memiliki sepucuk revolver dan 77 butir peluru hanya sebagai hobi.

Ketika ditanya Hakim Zainal Abidin Kamaruddin mengapa dia berbuat demikian, Abdul Aziz Buang, 36, berkata dia menyedari tindakannya itu salah tetapi dia menyukai dan menjadikannya sebagai hobi.

"Awak ada pistol dan 77 butir peluru tanpa lesen yang sah dan ini adalah kesalahan yang berat. Polis yang bertugas pun hanya dibenarkan memiliki 15 butir peluru dan saya sendiri pun tidak memiliki pistol," kata Zainal Abidin.

Zainal Abidin berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan selepas Abdul Aziz mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki revolver Smith & Wesson (S&W.357 Magnum) di Kompleks Sukan Titiwangsa, Jalan Tembeling, di sini 27 Mei lepas, mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Abdul Aziz yang turut menghadapi tiga pertuduhan memiliki 77 butir peluru mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, dipenjara 15 bulan bagi setiap pertuduhan itu.

Bagaimanapun Zainal Abidin memerintahkan Abdul Aziz, yang berasal dari Sarawak menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 27 Mei 2009.

Abdul Aziz, bapa kepada seorang anak, diwakili peguam Tharamjit Singh manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan