Kayveas dan isteri rayu keputusan Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk M. Kayveas dan isteri Datin Blanche O 'Leary akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara yang mendenda mereka kerana salah laku.

Kedua-dua kami bercadang mengemukakan rayuan kes ke Mahkamah Rayuan, kata Kayveas, yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kepada Bernama hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan pada Khamis berkata "lembaga itu berada dalam kedudukan terbaik untuk menghakimi tingkah laku para anggotanya, dan oleh yang demikian mahkamah tidak akan campur tangan dengan keputusan lembaga."

Kayveas dan O'Leary, bakal Pesuruhajaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea, diperintah membayar denda RM5,000 setiap seorang oleh Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara pada 17 Mac 2005 kerana salah laku mengkhianati amanah sebagai pemegang berkepentingan.

Kedua-dua mereka menamakan Majlis Peguam sebagai satu-satunya responden dalam rayuan sivil yang difailkan pada 14 April 2005. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan