Koroner buat keputusan inkues Sujatha 29 September ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner semalam menetapkan 29 Sept ini untuk keputusan inkues kematian pelakon Tamil tempatan K. Sujatha yang didakwa terminum racun perosak parakuat.

Koroner Mohd Faizi Che Abu menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penghujahan pihak peguam dan pembantu koroner, Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent.

Peguam Datuk K. Kumaraendran, yang mewakil Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, S. Vell Paari, mengemukakan bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kematian Sujatha dan keterangan mengikut keadaan jelas menunjukkan dia meninggal dunia akibat terminum parakuat.

Katanya mahkamah hanya boleh memutuskan bahawa Sujatha telah membunuh diri berdasarkan keterangan 24 saksi sepanjang prosiding inkues tersebut.

Kumaraendran berkata walaupun tiada bukti langsung bahawa Sujatha telah membunuh diri, koroner boleh membuat kesimpulan berdasarkan keterangan mengikut keadaan bahawa pelakon itu bertindak demikian dengan meminum racun perosak.

Katanya hanya orang yang hampir rapat kepada isu 'pembabitan pihak ketiga' ialah majikan Sujatha, Vell Paari, di mana mendiang bekerja sebagai pembantu peribadinya.

"Mereka mempunyai hubungan majikan-pekerja yang rapat di mana dia (Vell Paari) juga membelikannya sebuah unit kondominium dan pernah membawanya keluar makan malam, tetapi ia bukan isu di mahkamah ini di mana peranan utama inkues adalah untuk mencari punca kematian wanita itu.

"Juga adik-beradik lelaki mendiang sedar mengenai hubungan itu dan ayah Sujatha sendiri memberi keterangan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian anak perempuannya itu," katanya.

Mengenai isu mengapa Sujatha tidak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang lebih dekat berbanding Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Kumaraendran berkata Dr S. P. Saktiveloo dari hospital itu adalah saudara Vell Paari dan ketika itu kedua-dua mereka amat percaya bahawa Sujatha boleh menerima rawatan yang lebih baik di hospital berkenaan.

Katanya Dr Saktiveloo telah menyakinkan Vell Paari bahawa beliau boleh memintas karenah birokrasi yang biasa berlaku di hospital kerajaan.

"Isu di sini bukan hospital yang wanita itu dimasukkan tetapi rawatan yang diterima di mana dia dirawat oleh sekurang-kurangnya oleh tujuh pakar di HTAR," kata Kumaraendran.

Inkues tersebut dijalankan bagi menentukan punca kematian Sujatha, 28, di HTAR pada 25 Jun 2007, enam hari selepas dimasukkan ke wad kerana didakwa minum racun perosak.

Mengenai isu unsur jenayah, Kumaraendran berhujah bahawa Sujatha mungkin akan mengadu kepada doktor lain yang merawatnya atau kawan yang melawatnya semasa hampir lima hari berada di hospital.

"Sujatha telah mengakui kepada Vell Paari, Dr Saktiveloo dan adik lelakinya bahawa dia terminum racun itu tanpa mengetahui kandungannya di mana sebuah botol parakuat ditemui di biliknya," kata Kumaraendran.

Lebih-lebih lagi, penemuan dari segi perubatan oleh Dr Saktiveloo dan pakar lain bahawa Sujatha mengalami kegagalan pelbagai organ yang konsisten dengan keracunan parakuat, tegasnya.

Mengenai isu bedah siasat, Kumaraendran berkata adik Sujatha, K. Surenthiran yang meminta pihak hospital tidak menjalankan bedah siasat sejak punca kematian telah disahkan oleh doktor yang mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian.

Sementara itu, peguam bersama Vell Paari, Datuk C. Vijaya Kumar berkata tidak ada keterangan kecil bahawa wujud pihak ketiga semasa Sujatha minum racun perosak di unit kondominium itu.

Geethan Ram, yang membantu koroner dalam inkues itu, berhujah bahawa mahkamah perlu membuat pertimbangan dalam beberapa isu sebelum membuat keputusan.

Katanya Sujatha disahkan meninggal dunia akibat terminum parakuat. "Vell Paari adalah majikannya yang membeli mendiang sebuah unit kondominium bernilai RM420,000 di samping membiayai pengajian tinggi dua adik lelaki Sujatha," katanya.

Geethan Ram berkata Vell Paari merupakan orang pertama bekejar ke kondominium itu untuk memeriksa keadaan Sujatha sebelum dia dan Dr Saktiveloo mengambil keputusan untuk memasukkannya di HTAR yang sejauh 42 kilometer berbanding HKL hanya 3.5 kilometer jaraknya.

"Keterangan Vell Paari dan Dr Saktiveloo bahawa Sujatha tidak pernah menceritakan kepada mereka mengapa dia minum parakuat adalah sukar untuk dipercayai," katanya.

Katanya mahkamah juga perlu mempertimbangkan bahawa Vell Paari telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Sujatha meninggal dunia akibat kanser ovari.

Geethan Ram berkata adalah tidak mungkin berlaku bahawa Sujatha terminum parakuat tanpa mengetahui kandungannya kerana pakar telah memberi keterangan bahawa racun itu mempunyai bau yang kuat untuk seseorang itu minum terus dari botol.

Beliau membuat kesimpulan penghujahannya dengan memberitahu mahkamah bahawa sehingga ini tiada penjelasan atau alasan mengapa Sujatha terminum racun perosak itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan