Kerajaan Selangor boleh cabar ROS bubar Balkis - Berita Mahkamah | mStar

Kerajaan Selangor boleh cabar ROS bubar Balkis

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor dan sembilan pihak lain berjaya dalam permohonan mereka untuk mencabar kesahihan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROs) membubarkan Badan Kebajikan Isteriisteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasakuasa Khas) Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu dalam kamar, membenarkan permohonan kebenaran membuat semakan kehakiman atas alasan pemohon mempunyai locus standi untuk mencabar keputusan ROS itu.

Peguam Derek J. Fernandez, yang mewakili pemohon, memberitahu pemberita bahawa hakim dalam keputusannya menyebut 10 pihak yang membuat permohonan untuk mencabar keputusan ROS bukanlah penyibuk tetapi merupakan penyumbang untuk dana Balkis.

"Hakim juga menyatakan ia melibatkan kepentingan awam," katanya.

Permohonan kebenaran difailkan oleh kerajaan Selangor, Presiden Balkis Puan Sri Salbiah Tunut yang merupakan isteri Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Permodalan Kemajuan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, PKNS dan lima lain.

Mereka menamakan ROS sebagai responden dan memohon pengisytiharan bahawa keputusan membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah dan memohon perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Fernandez berkata mahkamah menetapkan 16 Sept ini untuk keputusan sama ada permohonan pemohon bagi penangguhan keputusan ROS membubarkan Balkis dibenarkan.

Dalam hujahnya, beliau berkata mahkamah perlu membenarkan perintah untuk penangguhan sehingga keputusan akhir diperoleh dalam permohonan semakan kehakiman tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada wang yang dibelanjakan dalam dana Balkis.

Pemohon juga diwakili peguam S. Selvarajah.

Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari yang mewakili ROS enggan mengulas sama ada akan memfailkan rayuan. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan