Dua bekas pegawai tinggi PUNB diperintah membela diri

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai tinggi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk membela diri kerana memalsukan sijil bond bernilai AS$5 bilion (kirakira RM18 bilion) pada tahun 2002.

Hakim S. M. Komathy Suppiah dalam keputusannya berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas ketua pegawai eksekutif PUNB Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 68, dan bekas setiausaha Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 53.

Komathy menetapkan 7 Nov untuk Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin membela diri.

Beliau berkata pendakwaan melalui saksi mendapati keterangan bahawa sejak PUNB diperbadankan, syarikat milik kerajaan itu tidak pernah mengeluarkan bond dan malahan syarikat tersebut tidak boleh mengeluarkan bond tanpa kelulusan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Yayasan Permodalan Bumiputra.

"Kedua-dua mereka mengetahui tidak ada mandat dan malahan lebih penting untuk tahu bahawa lembaga tidak akan meluluskan, tetapi mereka meneruskan juga dan mengeluarkan bond itu dengan hasrat tindakan itu dipercayai ia dikeluarkan dengan kelulusan PUNb," kata Komathy.

Beliau berkata sungguhpun ada keterangan pada masa PUNB dilanda dengan masalah kewangan tetapi bagaimanapun syarikat itu tidak ada projek yang memerlukan dana bernilai ASS$5 bilion.

"Tidak masuk akal untuk mengambil risiko berkaitan transaksi itu kecuali ada untung tersembunyi atau ini skim untuk memperkayakan diri sendiri," kata beliau.

Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin tidak mengaku bersalah setelah dituduh bersamasama memalsukan dokumen berkenaan pada 13 Okt, 2000 di Wisma UOA II, No 21, Jalan Pinang, di sini.

Semasa perbicaraan itu, mahkamah diberitahu bahawa keduadua Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin ke London dengan duduk di kelas perniagaan pesawat yang dinaiki untuk membuka akaun bagi memudahkan urusan sijil bond itu.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mewakili Ahmad Zukni, sementara T. Suresh bagi Mohamad Aminuddin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan