Dua mat rempit jalani hukuman lakukan 120 jam kerja sosial

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindakan dua remaja menunggang motosikal secara melulu membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman melakukan kerja sosial selama 120 jam di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Keputusan itu dibuat Mahkamah Khas Trafik di sini semalam, setelah Wan Abdul Hakim Wan Sulaiman, 19, dan Wan Ahnaf Mohd Rashid, 21, membuat pengakuan bersalah mereka terhadap tuduhan menunggang motosikal melulu.

Selain perlu melakukan kerja-kerja sosial, mahkamah turut memerintahkan supaya lesen memandu P, Wan Abdul Hakim dari Kampung Duyong Besar dibatalkan manakala lesen Wan Ahnaf dari Kampung Pulau Ketam digantung selama tiga tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua remaja terbabit didakwa menunggang motosikal secara melulu di Jalan Tengku Mizan, Jambatan Sultan Mahmud pada 2.20 pagi, 3 Julai lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Pada prosiding yang sama, mahkamah menolak pengakuan bersalah Mohd Kamarul Azmi Jusoh, 21, dari Kampung Bukit Tunggal terhadap tuduhan yang sama selepas remaja terbabit mempertikaikan fakta kes yang dibacakan terhadapnya.

"Saya mengaku menunggang motosikal secara melulu tetapi tidak melakukan zigzag iaitu ke kiri dan ke kanan," kata Mohd Kamarul Azmi.

Majistret Nor Azizah Yusof menetapkan 27 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 12 Ogos lepas, ketigatiga remaja terbabit dihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik kerana menunggang motosikal secara melulu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa C/Insp Suriah Seleh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan