Dua ahli perniagaan dipenjara cuba rasuah polis

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM50,000 terhadap dua ahli perniagaan kerana cuba merasuah seorang pegawai kanan polis tujuh tahun lepas.

Ang Hock Chong dan Ang Hock Cheng, keduaduanya 37 tahun yang bukan adik beradik, didapati bersalah memberi rasuah RM10,000 kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Jenayah, Bukit Aman, ACP Abu Bakar Mustaffa di bilik gerakan bahagian itu pada 1.30 tengah hari 1 Feb 2002 bagi melepaskan Siew Kah Ann yang ditahan kerana disyaki mengedar rokok seludup serta untuk mengembalikan semua barangan yang dirampas.

Hakim Mohd Sekeri Mamat membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan keduadua lelaki itu gagal menimbulan keraguan yang munasabah.

"Setelah membuat pertimbangan, mahkamah berpendapat bahawa keduadua tertuduh mempunyai niat untuk memberi rasuah kepada pihak polis di Bukit Aman untuk membebaskan rakan mereka," katanya.

Hakim Mohd Sekeri bagaimanapun membenarkan hukuman penjara bagi keduadua tertuduh ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu.

Beliau turut membenarkan pembayaran denda dibuat dalam tempoh masa sebulan setelah peguambela mereka Peter Siew memohon mahkamah supaya keduadua Tan itu diberi masa untuk membayar denda itu.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Sepanjang prosiding kes, seramai 12 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya M.Khatam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan