Mahkamah Rayuan kekal keputusan bebas anak bekas timbalan menteri

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan anak lelaki bekas timbalan menteri dan dua yang lain daripada tuduhan membunuh seorang doktor enam tahun lepas.

Hakim Datuk Md Raus Shariff yang mengetuai panel terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara menolak rayuan pendakwa raya terhadap keputusan pembebasan tiga orang itu.

Pada 5 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pelajar kolej Nor Adzlan Idris, 26; Lee Jun Jo, 28; dan Choy Chin Chuan, 26; kedua-duanya menganggur, tanpa memanggil mereka membela diri, setelah memutuskan bahawa pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka dituduh membunuh Dr T.Ariaratnam, 66, di Arinaga Medical Centre di Bangsar Park di sini antara 3.30 pagi dan 4.00 pagi 21 April, 2003.

Nor Adzlan ialah anak kepada Tan Sri Idris Abdul Rauf, bekas timbalan menteri wilayah persekutuan dan bekas MP Parit Buntar.

Ketiga-tiga mereka hadir di mahkamah. Lee, bagaimanapun dihantar semula ke penjara Sungai Buloh sementara menunggu keputusan satu lagi kes.

Peguam Naran Singh mewakili Nor Adzlan, dan Choy tidak diwakili peguam. Sementara Lee memberitahu mahkamah bahawa peguamnya dari Tetuan Gooi dan Azura tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi bertindak bagi pihak pendakwa. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan