Lembaga Disiplin boleh berhujah pada rayuan Kayveas

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara dibenarkan berhujah di Mahkamah Tinggi mengenai aspek undang-undang dalam rayuan yang dikemukakan oleh Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas dan isterinya berkaitan keputusan lembaga itu untuk menghukum mereka kerana salahlaku.

Seksyen 103 (E) (8) Akta Profesion Guaman (LPA) (Pindaan) memberikan lembaga itu hak untuk hadir di mahkamah dan mendengar perkara itu yang dibangkitkan daripada keputusan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menangguhkan perkara itu pada Khamis ini untuk penghujahan oleh semua pihak mengenai interpretasi Seksyen 35 (1) Akta Profesion Guaman (LPA) (Pindaan) 2006 untuk menentukan kaedah prosedur permohonan itu yang berkaitan rayuan berkenaan.

Peguam M. Puravelan yang mewakili Kayveas dan isterinya Datin Blanche O' Leary memberitahu mahkamah itu bahawa LPA yang lama memerlukan pemohon tersebut memfailkan rekod rayuan dan notis rayuan. Ia juga menyatakan bahawa proseding itu akan didengar oleh satu panel hakim yang terdiri daripada tiga orang.

Beliau berkata di bawah LPA yang dipinda, pemohon hendaklah memulakan rayuan dengan cara saman permulaan dan prosiding itu akan didengar oleh seorang hakim.

"Kita sepatutnya ada sedikit peraturan yang jelas mengenai perkara ini," kata Puravelan yang sebelum ini memberitahu mahkamah mengenai hasrat lembaga untuk berhujah di mahkamah.

Katanya beliau berpandangan bahawa oleh kerana perkara itu telah dikemukakan pada mahkamah, ia hendaklah mengikut LPA yang dipinda sementara peguam Rabindra Nathan yang mewakili Majlis Peguam berkata bentuk rayuan sekarang dengan cara satu notis rayuan hendaklah dipulihara tetapi cara proseding itu dijalankan hendaklah di bawah LPA yang baru.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan isterinya, yang kedua-duanya berkelulusan sebagai peguam, diperintahkan oleh lembaga itu untuk membayar penalti setiap seorang RM5,000 pada 17 Mac, 2005, kerana salahlaku pelanggaran terma yang diamanahkan sebagai peguam yang dilantik bagi transaksi jual beli hartanah bernilai RM2 juta antara dua syarikat.

Mereka diperintahkan membayar penalti itu kepada dana disiplin dalam masa dua bulan daripada perintah tersebut dikeluarkan, jika gagal mereka akan digantung sebagai peguambela dan peguamcara sehingga penalti itu dibayar.

Dalam petisyen rayuannya, mereka mendakwa, antara lain, lembaga disiplin itu tersilap dalam undang-undang dan dalam hakikat ia telah memberikan keputusan mengenai isu yang salah.

Mereka berkata lembaga tersebut tidak memberikan pertimbangan dalam jawapannya terhadap hujah-hujah pengadu, Majlis Peguam yang menyebabkan keputusannya tidak ada keputusan dalam undang-undang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan