Penggantungan MP Puchong langgar Perlembagaan Persekutuan - Peguam

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya sebelum beliau digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Gobind berhujah Speaker Dewan Rakyat yang dinamakan sebagai defendan pertama dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sebagai defendan kedua, telah bertindak melampaui Peraturan Tetap Dewan Rakyat semasa menggantung Gobind dan menyebabkannya kehilangan ganjaran, faedah dan elaun selama setahun berkuatkuasa 16 Mac.

Beliau berkata Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil hak plaintif yang jelas melanggar Perkara 64, Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap 44(3). Pada 23 April, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini memohon diisytiharkan yang penggantungan beliau sebagai anggota Parlimen Puchong daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah tidak sah dan batal.

Dalam saman itu, Gobind mendakwa penggantungannya selama setahun berkuatkuasa 16 Mac adalah melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menamakan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Nazri, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Beliau memohon diisytiharkan surat bertarikh 18 Mac dan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah yang menggantungnya sebagai anggota Parlimen daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat dan melucutkan semua ganjaran dan elaun sebagai anggota Parlimen adalah tidak sah dan batal kerana ia tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang.

Gobind, 36, juga memohon diisytiharkan yang beliau berhak kepada semua ganjaran dan elaun itu mengikut Perkara 64 dan bahawa prosiding dan keputusan Dewan Rakyat itu tidak kebal untuk dihakimi oleh mahkamah.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi berhujah permohonan Gobind itu adalah jelas di luar bidang kuasa mahkamah dan tiada justifikasi.

"Isu di sini ialah apa juga prosiding dalam sidang Parlimen adalah tidak boleh dicabar," tegas Azizah.

Beliau berkata usul itu diterima oleh Dewan Rakyat selepas dibahaskan oleh anggotanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof menetapkan Khamis ini untuk hujahan selanjutnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan