Pegawai sukan UM diarah bela diri kerana menipu

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai belia dan sukan Universiti Malaya hari ini diperintah membela diri atas tuduhan menipu tiga pembekal peralatan sukan melibatkan pakaian sukan bernilai RM2 juta dengan menggunakan surat palsu antara 2002 dan 2003.

Hakim Mahkamah Sesyen Rosbiahanin Arifin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kes "prima facie" terhadap Norasrin Hussain, 42, dan menetapkan 14 Okt untuk perbicaraan.

Norasrin dituduh menggunakan surat palsu bertarikh 23 Sept 2002 yang konon ditandatangani oleh ketua pengarah pusat sukan UM, Prof Madya Dr Mohamed Nor Che Noh, untuk menipu Effendi Jagan Abdullah, pemilik syarikat Impian Jublee Sdn Bhd, yang menyerahkan pakaian sukan jenama Umbro bernilai RM854,525.25 kepada beliau di Jalan Telawi di sini pada hari yang sama.

Norasrin juga didakwa menggunakan surat palsu bertarikh 10 April 2003 yang menggunakan tandatangan pemangku ketua pengarah pusat sukan universiti tersebut, Dr Teoh Heng Teoh, untuk memperdayakan syarikat Wai Fong Art & Trading dan syarikat Art Will Design.

Beliau telah menerima pakaian sukan jenama Brooks dan Kronos bernilai RM570,000 di perkarangan universiti itu daripada Hiew Wai Fong, pemilik Wai Fong Art & Trading pada hari yang sama.

Gan Thian Gee, pekerja Art Will Design, menyerahkan pakaian sukan jenama Puma Bernilai RM708,000 kepada Norasrin di perkarangan universiti itu juga pada 10 April 2003.

Bagi kesemua kesalahan tersebut, Norasrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan