Pengawal peribadi dipenjara tujuh tahun, enam sebatan miliki pistol tanpa lesen - Berita Mahkamah | mStar

Pengawal peribadi dipenjara tujuh tahun, enam sebatan miliki pistol tanpa lesen

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi hari ini dipenjara tujuh tahun dan dikenakan enam sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki sepucuk pistol tanpa lesen.

Wong Choon Kheng turut, 41, juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap pertuduhan memiliki 17 butir peluru tanpa lesen atau permit yang sah.

Bagi pertuduhan ketiga, Wong dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan orang lain.

Hakim Muhammad Sekeri Mamat memerintahkan Wong menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Feb 2007.

Wong, dari Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini didakwa memiliki sepucuk pistol .38 SPL Smith & Wesson pada pukul 9.30 pagi 24 Feb 2007 di Jalan Horley, di sini.

Dia juga didapati memiliki 17 butir peluru tanpa lesen atau permit yang sah pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohd Fadzil manakala Wong diwakili peguam Roslie Sulle. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan