Penangguhan keputusan berhubung kenyataan beramaran boleh diterima adalah penyalaharahan yang serius

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa seorang hakim yang memulai perbicaraan tanpa membuat keputusan segera berhubung cara perbicaraan dalam perbicaraan dibuat untuk menentukan kenyataan beramaran boleh diterima adalah penyalaharahan yang serius.

Tiga hakim yang bersidang iaitu Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk James Foong Cheng Yuen berkata dengan menunda keputusan dan mengarahkan pendakwaan diteruskan dengan perbicaraan kes utama akan menimbulkan prejudis yang teruk terhadap orang yang dituduh.

"Seorang hakim sepatutnya sudah membuat satu keputusan selepas voir dire (perbicaraan dalam perbicaraan) mengenai kenyataan beramaran dan sebelum meneruskan prosiding seterusnya dengan perbicaraan yang utama," kata Hakim Foong dalam penghakimannya yang dibacakan di mahkamah terbuka oleh Hakim Zulkefli.

Korum hakim itu membuat keputusan itu berhubung rayuan seorang bekas posman Mohd Shamsir Md Rasid, 37, yang menghadapi tuduhan mengedar 366.1 gram kanabis di KM20, Jalan Kongkoi Peras, Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6.30 petang pada 11 Mac 2000.

Hari ini, Mohd Shamsir terlepas hukuman gantung, apabila mahkamah tertinggi memutuskan bahawa sabitan ke atasnya dan hukuman adalah tidak selamat untuk bertahan kerana penyalaharahan yang serius oleh hakim perbicaraan.

Mohd Shamsir, yang telah dipenjarakan selama sembilan tahun, kini boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.

Beliau (Mohd Shamsir) mengemukakan perkara itu ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal di Mahkamah Rayuan bagi menolak keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban untuk menyabitkannya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati atas tuduhan mengedar.

Dalam kesnya, Mahkamah Tinggi telah memberikan keputusan mengenai kenyataan beramarannya (Mohd Shamsir) yang boleh diterima selepas berakhir kes pendakwaan.

Selepas ditangkap, Mohd Shamsir memberikan kenyataan beramarannya, dengan mengakui bahawa dia membeli dadah itu dan meletakkannya (dadah itu) ke dalam sebuah beg.

Bagaimanapun, di Mahkamah Tinggi, Mohd Shamsir mencabar kebolehterimaan kenyataan beramarannya berasaskan bahawa ia tidak dibuat secara sukarela tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dia (Mohd Shamsir) telah memberikan kenyataan beramaran itu secara sukarela.

Peguam Mohd Shamsir, Teh Poh Teik menegaskan bahawa penangguhan keputusan voir dire adalah sama untuk membenarkan pendakwaan membuka semula kes itu selepas ia ditutup juga prejudis terhadap orang yang didakwa, yang perlu menjalankan kesnya semasa peringkat pendakwaan tanpa mendapat tahu sama ada kenyataan beramarannya itu akan dimasukkan.

Dalam penghakimannya, Foong berkata jika keputusan kenyataan beramaran boleh diterima itu, merupakan suatu yang penting, telah dilambatkan dan perbicaraan utama diarahkan untuk dimulakan semula, kemudian keduadua pendakwaan dan pembelaan akan menjadi tidak menentu mengenai cara kes itu akan dijalankan.

Foong berkata dalam kes Mohd Shamsir, tanpa kenyataan beramaran, semua pendakwaan yang dibuktikan terhadapnya (Mohd Shamshir) adalah dengan kehadiran beg mengandungi dadah dan sebahagian daripada barangan peribadinya.

Katanya beg itu dijumpai di dalam sebuah kereta yang dinaiki empat orang lelaki dengan Mohd Shamsir adalah seorang daripada mereka.

"Perayu sama ada memegang beg yang dikatakan itu atau duduk betulbetul dihadapannya. Seorang lagi lelaki, Aman, duduk betulbetul di belakang beg itu kecuali barangan peribadi milik perayu itu dijumpai di dalam beg itu, tiada bukti yang menunjukkan ia mengaitkannya dengan dadah itu," katanya.

Foong berkata kemungkinan besar beg itu boleh menjadi milik mana-mana penumpang di dalam kereta itu, terutamanya Aman.

Mengenai barangan peribadi Mohd Shamshir yang dijumpai di dalam beg itu, Foong berkata Mohd Shamsir telah menjelaskan dalam pembelaannya bahawa dia telah meminta Aman supaya menyimpannya di dalam beg Aman.

Katanya Aman tidak dapat dikesan untuk memberikan bukti dalam pendakwaan atau pembelaan dan memandangkan undang-undang hanya memerlukan orang tertuduh untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dalam pembelaannya, barulah bukti itu mencukupi untuk mematahkan kes pendakwaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan