Pembantu kedai tayar dihukum gantung edar kanabis

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pembantu kedai tayar dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah mengedar kanabis seberat 625.7 gram, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman itu selepas beliau berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan dakwaan terhadap tertuduh, Lim Kok Yong, 24, tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

"Tertuduh dihukum mati di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh hendaklah digantung," katanya, dan Lim yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang semasa keputusan hukuman dibacakan kepadanya.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di rumah No: 57, Jalan Pandamaran Jaya 21, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Klang, kirakira pukul 10.45 malam pada 4 Nov 2004.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memanggil tujuh saksi memberi keterangan manakala pembelaan yang diwakili peguam Datuk Hanif Hashim mengemukakan tiga saksi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan