Mahkamah benarkan pinda nama defendan saman RM218 juta terhadap Umno

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan pembatalan nama bekas bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai defendan dalam kes saman RM218 juta yang difail terhadap Umno.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Elegant Advisor Sdn Bhd menamakan bekas setiausaha bahagian pentadbiran dan kewangan Umno Datuk Ishak Abdul Rahman sebagai defendan baru, dan Hakim Anantham Kasinater mengarahkan syarikat itu membayar pampasan RM5,000 kepada Abdul Azim dalam tempoh 14 hari.

Abdul Azim diarah oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Julai tahun lepas membayar Elegant Advisory RM218 juta, dan faedah serta kos, selepas beliau gagal memberikan respons kepada saman yang difail syarikat itu pada 23 Jun tahun lepas.

Beliau kemudiannya berjaya mengenepikan perintah itu pada 21 Jan lepas.

Mahkamah hari ini menetapkan 10 September untuk memberikan keputusannya terhadap permohonan Umno mengenepikan saman yang difail oleh syarikat itu.

Dalam writ samannya syarikat itu berkata ia terbabit dengan kegiatan membekal peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan; dan pada pilihan raya umum ke11 pada tahun 2004 pihaknya membekalkan Umno dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu berkata ia kemudiannya menghantar invois RM218,013,475 untuk mendapatkan pembayaran, namun defendan gagal membayarnya.

Peguam defendan Datuk Hafarizam Harun hari ini berhujah bahawa perkara itu tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah memandangkan isu dalam kes ini sudah melalui litigasi dan diputuskan dalam saman awal yang difail oleh empat subkontraktor terhadap Umno. "Juga tidak terdapat priviti kontrak dalam kes ini," tambahnya.

Peguam plaintif Ahmad Termizi Abdullah pula berhujah bahawa berdasarkan kepada fakta kes, terdapat kontrak yang sah antara keduadua pihak mengikut seksyen 71 Akta Kontrak 1950.

Beliau berkata tidak wujud soal saman tertindih di sini memandangkan kes awal membabitkan plaintif yang berbeza dan invois pembayaran yang lain. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan