Wanita warga India bebas selepas dipenjara lima tahun

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang wanita warga India yang mengaku bersalah mengakibatkan kematian bekas majikannya, dibebaskan hari ini selepas dipenjarakan selama lima tahun.

Sidang Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara empat tahun terhadap S.Selvi, 40, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.

Selvi, seorang tukang sapu, menitiskan air mata selepas dia dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah.

Pada 17 November 2003, Selvi didakwa membunuh G.Rajam di rumah sewanya (Selvi) di Kampung Lindungan, Sungai Way, tetapi tiga tahun kemudian pendakwaan meminda pertuduhan itu kepada membunuh tanpa niat dan dia mengaku bersalah.

Ibu dua anak itu diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 Nov 2003.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman penjara empat tahun terhadapnya pada 8 Mei 2006.

Selvi selesai menjalani hukuman pada 3 Nov 2006 tetapi terus berada dalam tahanan reman sementara menunggu pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan yang didengar hari ini.

Panel tiga hakim hari ini menolak rayuan pendakwaan untuk melanjutkan tempoh hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Andi Razalijaya A.Dadi berhujah hukuman itu jelas tidak mencukupi memandangkan hukuman penjara maksimum yang diperuntukkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan adalah 30 tahun.

Bagaimanapun, peguam T.Vijay memberitahu mahkamah hukuman penjara empat tahun itu adalah berlebihan memandangkan Selvi bertindak mempertahankan diri semasa dia menikam Rajam.

Beliau berkata Rajam datang ke rumah Selvi dan memintanya memulangkan RM50 serta radio yang dipinjamkannya kepada Selvi.

Vijay berkata Selvi memberitahu simati supaya memotong daripada gajinya tetapi Rajam menjawab gaji Selvi adalah perkara lain dan mendesak Selvi supaya membayar balik RM50.

Bagaimanapun, Selvi berkata dia tiada wang untuk membayar balik kepada Rajam. Pertengkaran tercetus antara keduadua wanita itu apabila Rajam menyuruh Selvi supaya menawarkan khidmat seks, mengakibatkan Selvi naik marah lalu memukul Rajam dengan penyodok sampah.

Vijay berkata Rajam kemudian memukul Selvi dengan pengelap lantai serta menikam lengan Selvi dengan sebilah pisau.

Ketika inilah Selvi mengambil pisau dari atas meja dan menikam dada Rajam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan