Pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Jln Duta dipenjara 10 bulan

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dijatuhi hukuman penjara sepuluh bulan di sini hari ini setelah mengaku bersalah mencuri sebuah komputer riba daripada perpustakaan di kompleks itu kira-kira dua bulan lepas.

Majistret Hafizza Sauni memerintahkan Mohd Zukey Ismail, 41, menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu 21 Julai 2009.

Sebelum ini, di mahkamah yang sama pada 8 Ogos lalu, Hafizza telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Mohd Zaki Ishak, 26, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Keduadua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di kompleks itu pada jam lebih kurang 1 petang pada 19 Julai 2009.

Mengiku fakta kes, pemeriksaan rakaman kamera litar tutup (CCTV) menunjukkan keduadua tertuduh telah keluar daripada perpustakaan itu pada hari kejadian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan