Kes khalwat Norman-Memey: Pendakwa ubah waktu tuduhan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Memey dan Norman keluar dari mahkamah sejurus prosiding ditangguhkan.
Memey dan Norman keluar dari mahkamah sejurus prosiding ditangguhkan.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes khalwat pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza meminda pertuduhan terhadap kedua-dua mereka dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memohon pindaan tersebut dibuat terhadap masa kejadian iaitu dari pukul 3 pagi kepada antara pukul 1.45 pagi hingga 3 pagi.

"Sebelum sambung bicara dengan keterangan saksi pendakwa, pihak pendakwaan bercadang untuk membuat pindaan terhadap tuduhan. Kami merujuk kepada Seksyen 83 di mana pindaan boleh dibuat oleh pihak pendakwaan.

"Pihak pendakwaan memohon mahkamah memutuskan pindaan tuduhan ini," kata Muhamad Nazri kepada Hakim Syarie Salehudin Yatim di awal prosiding hari ini.

Seksyen 83 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pindaan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.

Peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Fakhrul Azman Abu Hassan dalam prosiding sebelum ini mempersoalkan pertuduhan bahawa pasangan Norman-Memey disyaki berkhalwat pada jam 3 pagi.

Fakrul Azman dalam prosing hari ini berkata, walaupun bentuk pindaannya tidak dimaklumkan, pihaknya akur Seksyen 83 tersebut memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pindaan.

Hakim Syarie, Salehudin meluluskan permohonan pihak pendakwaan. Ketika pertuduhan yang dipinda itu dibacakan semula, pasangan tersebut mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka.

Norman dan Memey mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, antara jam 1.45 pagi hingga 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Dalam prosiding hari ini, saksi kedua, penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kyairol Nizam Khiruddin tampil memberi keterangan.

MUHAMAD NAZRI: Apakah yang dibuat anda selepas tiba di depan premis suspek?

KYAIROL: Saya tekan loceng yang berada di dinding.

MUHAMAD NAZRI: Berapa kali?

KYAIROL: Banyak kali sampai nak cabut.

MUHAMAD NAZRI: Berapa kali? Boleh anggarkan?

KYAIROL: Banyak kali sampai nak cabut. Tak boleh nak anggarkan. Lebih kurang 40 minit. Sampai ketuk pintu besi dan tekan loceng.

MUHAMAD NAZRI: Selama ketuk, ada dapat kerjasama daripada suspek?

KYAIROL: Tidak.

MUHAMAD NAZRI: Dari luar, kamu boleh nampak bahagian dalam?

KYAIROL: Saya tidak dapat lihat bahagian dalam premis kecuali ruang kecil di bawah pintu. Saya sujud untuk lihat bahagian dalam premis. Saya ternampak macam ada pergerakan kaki di dalamnya.

MUHAMAD NAZRI: Adakah orang di dalam boleh nampak di luar?

KYAIROL: Boleh.

Kyairol memberitahu mahkamah dia terdengar bunyi mencurigakan dari dalam premis seperti besi berlanggar semasa tempoh 40 minit menunggu di luar premis suspek.

Pihak pendakwaan juga mengemukakan pelbagai gambar lokasi di premis tersebut sebagai tender.

Fakrul Azman mempersoalkan sama ada tender tersebut sah kerana jurugambar dan masa ia diambil belum ditentusahkan.

Prosiding kes ini bersambung pada 9 Oktober, 6 November dan 4 Disember depan, pukul 9 pagi.

Norman ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu, dia tidak boleh membuat apa-apa komen.

"Saya sekadar mengikut prosedur mahkamah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Saya ingin mencari jalan penyelesaian secara damai. Itu yang paling baik," katanya yang berpakaian kot warna kelabu dan bersongkok.

Sementara itu, Memey yang bertudung merah jambu, berbaju hitam dan bersarung berkata, pindaan yang dibuat oleh pihak pendakwaan tidak mengubah pertuduhan yang dihadapinya.

Katanya, dia sebenarnya letih menghadapi perbicaraan yang berpanjangan.

"Letih dah macam-macam. Selagi tidak selesai, selagi tu lah hati tidak tenteram," ujar Memey yang akan pulang ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor untuk berhari raya.

Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 33, dan Memey atau nama sebenamya Suhaiza Suhaimi, 21, masing-masing dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di pejabat beralamat di 4-1A Jalan UP1/2 Taman Ukay Perdana, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008.

Bagi kesalahan itu, mereka mendakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995, bagi Norman Hakim sementara Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995.

Jika sabit kesalahan, Memey dan Norman Hakim boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan