Suami isteri dipenjara lima tahun kerana guna wang palsu

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menggunakan dan memiliki wang palsu RM100 minggu lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah mengarahkan supaya Ng Chee Keong, 30, seorang tukang kayu dan isterinya Tan Hooi Teng, 28, seorang suri rumah, menjalani hukuman tersebut serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 19 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan pertama mereka mengaku bersalah menggunakan sekeping wang kertas palsu RM100 sebagai tulen, di Pasaraya TMC Lucky Garden, Bangsar, pada 6.37 petang, 19 Ogos lepas dan dikenakan hukuman penjara lima bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pasangan suami isteri itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan kedua kerana memiliki wang palsu di tempat dan tarikh yang sama, dan dihukum penjara lima bulan.

Tuduhan mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar manakala mereka berdua tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan